Saturday, October 10, 2015

Harapan baru.....

Assalamualaikum
Alhamdulillah
Ada harapan baru muncul semula
Kami semangat nak mencuba
Lagipun wang yang kami kumpyl untuk moment ini dah cukup dan kami mampu untuk teruskan rawatan ni

Angah yang survey dan suruh saya cuba
Dia survey sebab ada yang dapat twin
Excited nak saya cuba

Jadi macam biasa saya pun cari di fb
Baca dulu kisah -kisah orang lain yang dah berjaya
Then dah yakin saya bagitau suami saya
Dengan harapan dia mahu mencuba



Allah maha berkuasa yang membuka pintu hati suami saya untuk usaha ini
Sudah sampai masanya....

Jadi kami pun mencuba...

Saya pun telefon buat temujanji
Masa nak pi tu rasa macam nak amik SPM ketaq tak sangga baq hang

Hari yang ditemujanji kan
Perasaan berdebar-debar
Ketika dipanggil masuk saya dan suami rasa lega kerana doktor murizah baik dan ramah
Lega sesikit gemuruh dihati

Doktor bertanya sejarah perubatan yang sudah kami hadapi

Akhirnya doktor decide untuk kami buat iui buat kali ke 6

Saya diberi ubat kesuburan dengan dos yang lebih tinggi dari sebelum ini

Fisrt time saya patuh makan ubat sampai habis heheheh

Owh lupa nak bagitau kat mana klinik tu

Klinik vistana di jalan langgar alor setar
Berhadapan hospital sultanah bahiyah alor setar

Ok dah makan ubat...
Dah ikut macam doktor suruh

Tapi sayangnya saya turun darah
Saya dan suami kembali down
Temujanji seterusnya saya tak pergi
Pihak klinik call dan mintak kami pergi jugak
Diorang nak scan dulu....

Bagi kami dah tak ada harapan
Dan tunggu next cycle period pulak

Tapi bagi doktor masih ada harapan

Hurmm entahlah...  

0 comments:

Post a Comment

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com