Tuesday, October 8, 2013

MY STORY...TERPAKSA JALAN KAKI....DARI PERLIS KE PWTC PART III

kesiankan terpaksa jalan kaki.....

sambung lagi part 3

hari yang ditunggu dah tiba....saya bertolak dari Perlis dengan menaiki bas jer...saya dan adik saya...hermmm...dugaan pun datang tau apa jadi bas yang sepatutnya kami naik jam 10 mlm rosak,jadi kami kena naik bas jam 11.30mlm...frustnyer saya sudah pasti saya akan sampai lambat ke Pudu KL,owh owh owh.....

kalau dikira kira mesti sampai dalam jam 7 pagi dan pendaftaran IJI pulak bermula jam 7.30 hingga 8.30pagi...owh owh sempatkah ini...

Alhamdulillah Allah membantu kami,kami tiba jam 6.30 pagi di PUDU,kami naik kenderaan awam paling mudah di KL LRT,kami pergi ke hotel untuk check in, alhamdulillah ada bilik untuk kami mandi dan bersihkan diri...Allah Maha Besar....

Kami pun bersihkan diri kami..kami keluar dari bilik kami jam 7.30 pagi dan bergegas ke PWTC..naik lrt ...cuma 4 stesen kami pun sampai...kami dah pun memulakan terpaksa jalan kaki ini dari PUDU lagi dan di PWTC sekali lagi kami terpaksa berjalan untuk menuntut ilmu....

ehhh...ingat dah sampai kat PWTC dah sampai la...rupanya dewannya di belakang kena merentas jambatan yang panjang ..terpaksa jalan kaki lagi kakak oiii......maklum lah lama tak jalan kaki....

apabila sampai weih ramainya manusia...lautan manusia...yang sedang mendaftar...alhamdulillah kami masih belum terlambat....yey first day menuntut ilmu...bestnya...hilang semua kerisauan saya sebelum ini....

saya mendapat ilmu yang banyak dari IJI 2013 ini saya mula menyedari saya telah menyawangkan BLOG2 yang saya ada.,...saya telah memudar dan memadamkan passsion yang saya adahanya semata-mata kesedihan yang saya alami kerna tbelum mnedapat cahayamata...

saya menangis ketika DAO mendoakan kita semua,antara dicelah2 doanya saya selitkan hajat saya untuk mendapatkan zuriat dengan tangisan saya dan lautan manusia yang lain,TQ Allah kau temukan aku jalan...memberi semangat pada hati yang sedang pilu.....Allah hu akbar....

Nak tau apa saya buat lepas dapat ilmu,hari pertama saya dah pos siapa nak belajar buat coklat di fanpage saya,alhamdulillah dapat sambutan jadi terbitlah sebuah video cara membuat coklat sedap dan simple.

alhamdulillah juga pada hari ini dengan teknik yang diajar DAO student tuisyen saya bertambah sedikit demi sedikit.......

Saya kini menjadi seorang yang positif selalu...selalu bertenang...alhamdulillah....





Saturday, October 5, 2013

MY STORY ...........DARI PERLIS KE PWTC II

ASSALAMUALAIKUM,

hermm... meh kita sambung part II kisah saya ini, saya pun menghadiri Seminar Jutawan Industri...di Alor Setar. saya pergi 3 org dengan suami dan adik ke 3 saya.(Fatini). sekarang tengah mengasaskan FS Collections di Fanpage FB. Mendengar apa yang DAO cakap mengenai mengenali potensi diri amat menarik diri saya. selain itu apabila DAO cakap dengan masuk Intensif Jutawan Industri 2013 anda akan tahu apa produk yang akan anda jual......apa lagi ligat ja fikiran berfikir macamana nak buat ni...

jadi saya pun duduk dan mendengar tawaran yang dibuat oleh DAO untuk IJI 2013 pada 27 - 29 september 2013.pabila dengar jer tarikhnya saya dah susah hati kerana pada 26 sept ada majlis disekolah dan sayalah ketua nya,jadi saya dah tak boleh mendaftar awal,hari jumaat saya masih bekerja...hermmm terpaksa berfikir dan fikir aduh gi mana ni..akhirnya saya ambil keputusan cuti.....

yeyy...tawarannya jadi menarik apabila dapat satu lagi seat percuma,adik saya pun menjadi teruja dan mengajak saya pergi namun bila saya lihat suami saya dah keluar dewan saya pun ajak adik saya keluar dewan,patah semangat dia kih kih kih siannya.....

keluarlah kami dari Dewan Insaniah jumpa dengan suami saya,saya cakap tak nak gi,suami saya kata kenapa pergila dengan kakak(Fatini). saya cakap lah tuisyen mcmn, nak kena amik cuti,suami cakap takpa dia urus,jadi dia pun terpaksa amik cuti untuik hari jumaat sebab tuisyen kami ada pada hari jumaat. nak tau kenapa sebab kerani kami a. k.a adik saya pun akan ikut saya..hehehehe

maka kami pun masuk semula ke dalam dewan., wah kena bayar full payment baru leh dapat free seat,saya tanya adik saya "hang ada duit ka nak bayaq ni?" dia jawab "la tak dak la,nanti pinjam bapak la",hermm yakin dengan jawapan tu dan saya fikir saya pun baru dapat duit main KUTU...jadi saya pun swipe la kad saya..dan kami pun mendaftarlah untuk seat VIP..sebab seat GENERAL dah habis....

dalam hati berbunga2 gembira...harap lepas ni pusat tuisyen kami dapat berkembang dengan jayanya....

persiapan pun di buat...
1) isi borang cuti
2) cari guru  pengganti untuk kelas tuisyen
3) cari dan beli tiket bas pergi dan balik
4) booking bilik hotel dan bayar booking bilik hotel
5) selesaikan majlis di sekolah...

yeyyyyyy.......saya nak jumpa DAO......malam saya jadi gelisah kerana saya dah lama tak pergi ke KL..owh...ok kah ni...owh owh owh.....


wah ... excitednya nak pergi sebab saya buat persiapan seminggu sebelum nak pergi....ternanti- nanti apa seterusnya fasa dalam kehidupan kami.....

To Be Continued

Tuesday, October 1, 2013

MY STORY...... DARI PERLIS KE PWTC



Alhamdulillah sekarang saya berasa bersemangat . Saya merasakan perubahan disekeliling saya apabila saya percayakan 'The Power of Syukur and 'The Power Of Sharing'.

Sebelum ini saya sering buntu,bagaimana saya nak meneruskan perniagaan yang saya ada ini. Saya bermula dengan perniagaan tudung dan baju kurung.Perniagaan ini terhenti separuh jalan. Kemudian apabila saya dapat berpindah ke Perlis semula dari Petaling Jaya , saya memulakan perniagaan home bakery,pendapatan boleh la tahan masa itu. cukup- cukup makan meringankan beban suami ketika itu gaji hanya cukup untuk kami bayar kereta dan makan kami,masa itu kami tinggal di rumah mak mentua saya.

saya mempelajari pelbagai kemahiran untuk menaikkan lagi pendapatan kami, kemudian kami mencuba perniagaan yang baru pula iaitu Tuisyen yang merupakan passion saya,pendapatan kami setelah ditolak gaji guru-guru dan sewa kedai serta bil utiliti tidak memberangsangkan. namun Alhamdulillah hati saya terbuka untuk mencari ilmu baru untuk setiap perniagaan kami ini.

Saya serahkan perniagaan tudung dan baju kurung saya kepada adik saya yang ke tiga kerana dia berminat menjalankan perniagaan tudung muslimah dan menepati syariat jadi saat itu saya pun menghadiahkan kepada adik saya Fatini sebuah fan page yang ada 120 orang follower dan menukar jenama.

perniagaan home bakery saya hentikan seketika kerana saya berasa sangat tidak bersemangat dan down.

saya meneruskan perniagaan pusat tuisyen kami namun kami sudah memerah otak bagaimana nak mengatasi masalah kekurangan murid pada setiap bulan. sudah dicuba iklankan kelas persediaan peperiksaan namun tidak mendapat sambutan.

Akhirnnya, setelah terlalu buntu....hadir sebuah seminar di Alor Setar yang membuka sinar baru dalam kehidupan dan perniagaan saya.Alhamdulillah.....perjalanan dari Perlis ke PWTC pun bermula....


To be Continue......

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com