Monday, November 28, 2016

Buaian untuk si kembar

Al kisah nya semalam pi rumah nenek depa, babahnya suruh try test tengok naik buai si naufal. Senang la nanti hantaq kat pengasuh. mula- mula letak kakak dalila,menangis la pulak..tak tau pasai apa..
Ok lah ,try adik pulak....
Alhamdulillah adik Dalili tidoq dengan lenanya

Jadi ibu ngan babah pun berpakat esok kita pi beli buai untuk adik...beli satu dulu test

Jadi hari ini kami pun pi la kedai Apple kedai barangan bayi kat Jitra..
Boleh rahan jugak harga buaian baby ni..huhu cecah RM 200++ siap set kain buai, spring dan hanger buaian.
Adeh jadinya kami beli satu dulu

Babah tengah gigih pasang buai

Dah siap kita test try sekali lagi
Dalila is gayat rupanya patut lah semalam menangis
Jadi adik dalili jerla naik buai
Kakak kita bagi naik bouncer jela

Buaian dalili dan bouncer dalila

Semoga berkekalan la depa tidoq dalam ni na..
Aamiin...




Wednesday, October 21, 2015

Hari penuh debaran.....

Kami ambil cuti hari ini 
Berkorban untuk masa depan tinggalkan dulu kerja-kerja kami 
Untuk masa depan yang kami impikan
Kebetulan cuaca panas melampau berlaku di Malaysia ketika itu dan Perlis pun mendapat tempiasnya..  


Kami menjalani rawatan iui di klinik vistana rasa berdebar macam nak amik kertas BM SPM

Semiga usaha kami ini mendapat berkat Mu ya Allah 

Esok perlis cuti kerana cuaca panas melampau...jadi kami pun amik keputusan berehat di alor setar 
Konon-konon honeymoon la

Lagipun setelah proses tersebut saya tak dibenarkan naik tangga dan bergerak dengan banyak

Kami bermalam di hotel berdekatan klinik

Alang-alang esok cuti sekolah kerana cuaca panas melampau 
Mari kita rilekskan diri kita
Suami??
Dia tambah cuti lagi. 😂😂😂

Semoga berjaya rawatan kali ini


Thursday, October 15, 2015

Ya Allah, terima kasih untuk peluang ini

So hari ni temujanji dengan doktor murizah
Nak check masih ada harapan atau tak lepas turun darah hari tu

Momen yang di nanti oleh kami
Doktor scan dan Alhamdulillah
Doktor cakap ada satu ovum yang mengikut saiz yang dikehendaki


Ada harapan ,ada sinar untuk kami
Ya Allah terima kasih ya Allah

Jadi doktor tetapkan 21hb oktober 2015 ni untuk buat rawatan iui...

Kami berdua jadi blur
Sujud syukur pada yang esa memberi kami peluang ini
Setelah 5 kali cuba nak buat iui
Kali ini berjaya untuk ke proses yang seterusnya. .

Oven baru kami rasmikan dengan buat cheese tart....
Alhamdulillah jualan memberansangkan
Tq kepada kawan-kawan di skpauh yang mengorder



Saturday, October 10, 2015

Harapan baru.....

Assalamualaikum
Alhamdulillah
Ada harapan baru muncul semula
Kami semangat nak mencuba
Lagipun wang yang kami kumpyl untuk moment ini dah cukup dan kami mampu untuk teruskan rawatan ni

Angah yang survey dan suruh saya cuba
Dia survey sebab ada yang dapat twin
Excited nak saya cuba

Jadi macam biasa saya pun cari di fb
Baca dulu kisah -kisah orang lain yang dah berjaya
Then dah yakin saya bagitau suami saya
Dengan harapan dia mahu mencuba



Allah maha berkuasa yang membuka pintu hati suami saya untuk usaha ini
Sudah sampai masanya....

Jadi kami pun mencuba...

Saya pun telefon buat temujanji
Masa nak pi tu rasa macam nak amik SPM ketaq tak sangga baq hang

Hari yang ditemujanji kan
Perasaan berdebar-debar
Ketika dipanggil masuk saya dan suami rasa lega kerana doktor murizah baik dan ramah
Lega sesikit gemuruh dihati

Doktor bertanya sejarah perubatan yang sudah kami hadapi

Akhirnya doktor decide untuk kami buat iui buat kali ke 6

Saya diberi ubat kesuburan dengan dos yang lebih tinggi dari sebelum ini

Fisrt time saya patuh makan ubat sampai habis heheheh

Owh lupa nak bagitau kat mana klinik tu

Klinik vistana di jalan langgar alor setar
Berhadapan hospital sultanah bahiyah alor setar

Ok dah makan ubat...
Dah ikut macam doktor suruh

Tapi sayangnya saya turun darah
Saya dan suami kembali down
Temujanji seterusnya saya tak pergi
Pihak klinik call dan mintak kami pergi jugak
Diorang nak scan dulu....

Bagi kami dah tak ada harapan
Dan tunggu next cycle period pulak

Tapi bagi doktor masih ada harapan

Hurmm entahlah...  

Tuesday, September 29, 2015

JANGAN MUDAH MENGAKU KALAH...KUATKAN TEKAD

tajuk ..bukan main kan...
nape tajuk ini...
kerana ketika ini saya macam takut ...
jadi tulisan ini adalah untuk membangkitkan semangat saya semula dan anda yang sama situasi dengan saya..
oven saya yang telah berbakti kepada saya selama 10 tahun dah rosak...
oven ni saya beli dengan duit mas kahwin saya
kira berbaloi kan...
alhamdulillah....

jadi saya dan suami buat perancangan baru nak beli oven baru...

jadi cuti hari raya aidil adha yang lalu kami pun buat lah operasi mencari oven baru ..new cinta hati..
cari punya cari jumpa la di kawasan Tandop,Alor Setar....

Alhamdulillah harga pun berpatutan...saya beli oven THe Bakers harga RM 6++  untuk 100 liter...
rasa ok dan bersemangat terus balik rumah...konon nak buat kek dah ni...

balik rumah letaklah oven atas almari...
Ya Allah besarnya oven ni...
hati saya mula rasa gerun...
boleh kah aku ni?
ada orang nak tempah dak ni?
dah mula suara 'budak kecik' menghasut....

saya bagi tau suami..
dia pun rasa yang sama..

alamak......


hari ini....

saya dan suami bermesyuarat ..
apa patut kita buat untuk menjana income dengan oven ini....

ok saya cadang kat dia untuk buat roti coklat...sebab dia pandai buat roti..
saya akan buat kek dan biskut...

Alhamdulillah mesyuarat kami ini menguatkan tekad kami...kami kuatkan semangat...

Monday, September 28, 2015

101 IMPIAN SAYA DAN SUAMI

salam
inilah senarai 101 impian
masih perlu berimpian lagi jom shopping impian nak tambah sampai 101 impian baru banyak ni, akan ditambah dari masa ke semasa




1.       Saya  ada 4 orang anak yang sihat dan soleh pada Oktober 2019
2.       Saya  menunaikan haji sebelum umur 40 tahun.
3.       Saya bawak mak dan bapak saya menunaikan haji
4.       Saya  sentiasa solat tahajud
5.       Saya  sentiasa solat dhuha
6.       Saya  sentiasa solat wajib
7.       Saya  sentiasa berselawat dan ber istigfar
8.       Saya  ganti puasa saya hingga habis sebelum Ramadhan akan dating
9.       Saya  pergi ke brunei 2016
10.   Saya  pergi ke Australia 2018
11.   Saya  pergi ke belanda 2017
12.   Saya melawat Istanbul 2019
13.   Saya  pendapatan saya mencecah rm 300ribu sebulan
14.   Saya  ada kereta porche cayenne
15.   Saya  ada kereta starex
16.   Saya memiliki 2 rumah semi d
17.   Saya memiliki 1 rumah banglo di canglun
18.   Saya daki gunung kinabalu
19.   Saya memiliki 3 buah syarikat trading 2019

20.   Saya memiliki 10 buah pusat tuisyen  2019
21. saya pergi melawat melbourne 2020
22. saya menjadi guru cemerlang pada tahun 2017
23. saya nak melanjutkan pengajian ke peringkat master pada tahun 2019
24. saya membuka bakery cafe pada tahun 2017
25. saya menjalankan perniagaan bakery cafe vendor food pada tahun 2017
26.saya mempunyai cawangan bakery cafe seluruh utara pada tahun 2019
27. 

ALHAMDULILLAH..

Alhamdulillah
salah satu impian saya iaitu mendapat anugerah cemerlang pada tahun 2017 telah tercapai pada tahun ini...
betullah kata guru saya...tulis lah impian anda
agar impian anda menjadi satu doa...
dan sesungguhnya Allah tu Maha Penyayang dan Pemurah...
 Dia memberi apa yang hambanya pinta...
usaha ,tawakal...Insyallah....


 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com