Wednesday, October 21, 2015

Hari penuh debaran.....

Kami ambil cuti hari ini 
Berkorban untuk masa depan tinggalkan dulu kerja-kerja kami 
Untuk masa depan yang kami impikan
Kebetulan cuaca panas melampau berlaku di Malaysia ketika itu dan Perlis pun mendapat tempiasnya..  


Kami menjalani rawatan iui di klinik vistana rasa berdebar macam nak amik kertas BM SPM

Semiga usaha kami ini mendapat berkat Mu ya Allah 

Esok perlis cuti kerana cuaca panas melampau...jadi kami pun amik keputusan berehat di alor setar 
Konon-konon honeymoon la

Lagipun setelah proses tersebut saya tak dibenarkan naik tangga dan bergerak dengan banyak

Kami bermalam di hotel berdekatan klinik

Alang-alang esok cuti sekolah kerana cuaca panas melampau 
Mari kita rilekskan diri kita
Suami??
Dia tambah cuti lagi. 😂😂😂

Semoga berjaya rawatan kali ini


Thursday, October 15, 2015

Ya Allah, terima kasih untuk peluang ini

So hari ni temujanji dengan doktor murizah
Nak check masih ada harapan atau tak lepas turun darah hari tu

Momen yang di nanti oleh kami
Doktor scan dan Alhamdulillah
Doktor cakap ada satu ovum yang mengikut saiz yang dikehendaki


Ada harapan ,ada sinar untuk kami
Ya Allah terima kasih ya Allah

Jadi doktor tetapkan 21hb oktober 2015 ni untuk buat rawatan iui...

Kami berdua jadi blur
Sujud syukur pada yang esa memberi kami peluang ini
Setelah 5 kali cuba nak buat iui
Kali ini berjaya untuk ke proses yang seterusnya. .

Oven baru kami rasmikan dengan buat cheese tart....
Alhamdulillah jualan memberansangkan
Tq kepada kawan-kawan di skpauh yang mengorder



Saturday, October 10, 2015

Harapan baru.....

Assalamualaikum
Alhamdulillah
Ada harapan baru muncul semula
Kami semangat nak mencuba
Lagipun wang yang kami kumpyl untuk moment ini dah cukup dan kami mampu untuk teruskan rawatan ni

Angah yang survey dan suruh saya cuba
Dia survey sebab ada yang dapat twin
Excited nak saya cuba

Jadi macam biasa saya pun cari di fb
Baca dulu kisah -kisah orang lain yang dah berjaya
Then dah yakin saya bagitau suami saya
Dengan harapan dia mahu mencuba



Allah maha berkuasa yang membuka pintu hati suami saya untuk usaha ini
Sudah sampai masanya....

Jadi kami pun mencuba...

Saya pun telefon buat temujanji
Masa nak pi tu rasa macam nak amik SPM ketaq tak sangga baq hang

Hari yang ditemujanji kan
Perasaan berdebar-debar
Ketika dipanggil masuk saya dan suami rasa lega kerana doktor murizah baik dan ramah
Lega sesikit gemuruh dihati

Doktor bertanya sejarah perubatan yang sudah kami hadapi

Akhirnya doktor decide untuk kami buat iui buat kali ke 6

Saya diberi ubat kesuburan dengan dos yang lebih tinggi dari sebelum ini

Fisrt time saya patuh makan ubat sampai habis heheheh

Owh lupa nak bagitau kat mana klinik tu

Klinik vistana di jalan langgar alor setar
Berhadapan hospital sultanah bahiyah alor setar

Ok dah makan ubat...
Dah ikut macam doktor suruh

Tapi sayangnya saya turun darah
Saya dan suami kembali down
Temujanji seterusnya saya tak pergi
Pihak klinik call dan mintak kami pergi jugak
Diorang nak scan dulu....

Bagi kami dah tak ada harapan
Dan tunggu next cycle period pulak

Tapi bagi doktor masih ada harapan

Hurmm entahlah...  

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com